JEMPUTAN
KE JAMUAN HARI RAYA DEEPAVALI 2013 SERTA MEMOHON WANG SUMBANGAN DARIPADA
PENDUDUK TAMAN KASIH PUTERA
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacitanya dimaklumkan bahawa Jawatankuasa
Penaja Penduduk Taman Kasih Putera akan mengadakan jamuan Hari Raya Deepavali mengikut
ketetapan berikut :-
Tarikh : 05 Disember 2013 (KHAMIS)
Masa : 8.00 malam
Tempat : Taman Permainan, Taman Kasih Putera
3. Sehubungan itu, pihak JK Penaja
ingin memohon sumbangan sekurang-kurangnya RM20.00
bagi setiap rumah dan diserahkan kepada Bendahari JK Penaja selewat-lewatnya pada 31 November 2013 dalam menjayakan majlis ini.Sekiranya pihak
tuan/puan ingin menambah nilai sumbangan dengan membawa kuih-muih ataupun dessert
adalah amat dialu-alukan.
4. Pihak JK Penaja amat mengalu-alukan
kehadiran tuan/puan di samping dapat memeriahkan lagi majlis ini.
5. Sumbangan wang tunai boleh
diserahkan kepada Bendahari JK Penaja Taman Kasih Putera iaitu En. Rosli b. Sabri (013-3011520) di
alamat No. 576, Jalan Kasih Putera 17 atau melalui En. S.Arumugam (017-2443934) No. 568, Jalan Kasih Putera 17 atau En. Azri (014-2256353) No. 441, Jalan Kasih Putera 11.Jika ada sebarang pertanyaan atau
ingin maklumat lanjut boleh hubungi terus pihak terbabit.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment