DOWNLOAD /MUAT TURUN

Monday, 14 June 2021

SANITASI KAWASAN PERUMAHAN, SERTA BANGUNAN-BANGUNAN KEDAI, SURAU, DEWAN DAN SEBAGAINYA UNTUK TAMAN KASIH PUTERA – OLEH PEJABAT PENYELARAS DUN JERAM PADANG – FASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP 3.0)

14 Jun 2021 - Taman Kasih Putera Bahau

Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera... 

YB, Dato', Datin, Pengerusi Persatuan Penduduk, Pengerusi KRT, Pengerusi Surau, Tuan/Puan 

Seluruh Penduduk Taman Kasih Putera yang dihormati, Pejabat Penyelaras Dun Jeram Padang akan mengadakan satu program sanitasi kawasan perumahan, serta bangunan-bangunan kedai, Surau, Dewan dan sebagainya untuk Taman Kasih Putera. Tujuan sanitasi ini dibuat adalah bagi mengekang penyebaran wabak covid-19 yang sedang melanda dikawasan Dun Jeram Padang. Oleh yang demikian pasukan Sanitasi dari Pejabat Penyelaras Dun Jeram Padang akan menjalankan aktiviti tersebut pada ketetapan berikut.

Tarikh : 14.06.2021

Masa : 08.00pm hingga selesai

Kawasan Terlibat : Semua kawasan/lorong perumahan, bangunan2 kedai, Surau, Dewan

Sehubungan dengan itu, pihak pejabat Penyelaras Dun Jeram Padang memohon jasa baik pihak Persatuan Penduduk & KRT Taman Kasih Putera untuk menguar-uarkan kepada semua Penduduk agar berada didalam rumah masing2 semasa proses sanitasi dijalankan. Pihak kami juga mengalu-alukan kepada AJK Persatuan Penduduk Dan KRT yang ingin turut sama membantu menjayakan proses sanitasi ini. Disebabkan keadaan perintah kawalan pergerakkan PKP sedang dikuatkuasakan ketika ini, agar tidak melanggarkan SOP pihak berkuasa, pihak kami menghadkan kepada 5 orang sahaja sukarelawan yang ingin membantu. Sebarang pertanyaan dan penyertaan sukarelawan boleh berhubung dengan En Muhamad Rozi Bin Raas, Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Kasih Putera di Talian 012-3714955.

Sekian Terima Kasih.

Bersih Muafakat Sejahtera

Kita Jaga Kita

Pejabat Penyelaras Dun Jeram Padang

No comments:

Post a Comment