DOWNLOAD /MUAT TURUN

Saturday 20 December 2014

MAJLIS TAHLIL DAN AQIQAH

21 Disember 2014 - Lorong 15  No 496
    Majlis tahlil dan aqiqah dirumah En Mohd Salwi Bin Abdullah.Terima Kasih kepada semua yang hadir

Saturday 6 December 2014

SKIM RONDAAN SUKARELA (SRS)

06 Disember 2014 - Taman Kasih Putera

MAJLIS BACAAN YASSIN LRG 21 NO 720

06 Disember 2014 - Lorong 21 No 720


       Assalamualaikum Majlis Bacaan Yassin Yang Diadakan Pd 06/12/2014 (Sabtu) Selepas Isyak Di Rumah En.Hazirin Umar/Mohamad Dania Umar (No 720, Jalan K.P 21)

Thursday 27 November 2014

MAJLIS BACAAN YAASIN LRG 11 NO 453

27 November 2014 - No 453 Lorong 11
    Assalamualaikum...kepada semua group yassin TKP dan warga taman yang beragama Islam.. program bacaan yassin kita untuk malam ini di rumah En. Sulaiman bin Hassan di 453, jalan kasih putera 11

Saturday 8 November 2014

MAJLIS PELANCARAN KRT-SRS & JAMUAN DEEPAVALI 2014

8 November 2014 - Sabtu (Taman Kasih Putera)
    Berlangsungnya majlis Persamian kRT-SRS dan Jamuan Deepavali bagi Kawasan Rukun Tetangga Taman Kasih Putera Bahau.Majlis dimulai seawal jam 9.00 pagi dengan gotong-royong yang diketuai oleh Jabatan kesihatan Jempol Unit Kesihatan Persekitaran dan Majlis Daerah Jempol berkenaan kesedaran tentang penyakit Denggi atau lebih dikenali sebagai Projek COMBI.Para penduduk yang datang diberi pelastik sampah dan bermula dari lorong 3 hingga ke lorong 21 beramai-ramai memungut bekas dan sampah yang menyebabkan air bertakung serta tempat pembiakan nyamuk AEDES.Setelah itu satu sesi ceramah juga dijalankan bagi memberi penerangan kepada semua penduduk betapa bahayanya penyakit ini dan bagaiman kita dapat mmeberi kesedaran kepada semua orang cara-cara untuk membasminya.
    Dalam program pagi ini juga Pihak dari Jabatan Pertanian Daerah Jempol juga terlibat bagi aktiviti menanam pokok yang disunbangkan oleh Jabatan.Tapak yang dipilih adalah kawasan surau yang berada di lorong 10.Penduduk juga didedahkan bagaimana cara menanam,membaja serta menjaga pokok.Setalah selesai penduduk juga dijamu dengan sedikit juadah sebelum berhenti rehat sehingga jam 3.00 petang.
   Pada jam 2.45 petang dengan kehadiran Jabatan Polis Daerah untuk bahagian pameran kesedaran tentang jenayah dan kemalangan,dan AJJK taman mempersiap sediaan lagi bagi majlis pelancaran KRT-SRS serta jamuan Deepavali bagi tahun 2014.Walaupun Yang Berhormat Tuan L.Manickam ADUN Jeram Padang disaat akhir tidak dapat hadir ke Majlis ini,program tetap diteruskan dengan ucapan alu-aluan dari En Khalid Bin Ujang dari JPNIN (Jabatan Perpaduan Integrasi Nasional) memberi penerangan berkenaan SRS(Skim Rondaan Sukarela).Majlis juga turut mengundang Tuan Ins Shafizan Bin Mohd Shariff Ketua Polis Balai Bahau berucap dan melancarkan program SRS bagi taman kasih putera ini.Gimik pelancaran juga telah disempurnakan oleh Ketua Polis Balai Bahau dengan menyarungkan vest serta peralatan SRS kepada Pengerusi Taman En Azhar Bin Sharif.Program berakhir dengan Jamuan Sambutan Deepavali bagi tahun 2014.Terima Kasih kepada Semua AJK ,penduduk-penduduk Taman Kasih Putera serta Pengerusi KRT taman Bahau En RIzal dan Pengerusi KRT Taman Jaya En Raj kerana turut hadir dalam Majlis ini.
Projek COMBI
Menanam Pokok
Pameran Jabatan Kesihatan dan Polis
Pelancaran SRS (Skim Rondaan Sukarela)

Sunday 2 November 2014

PERSIAPAN MAJLIS PERASMIAN KRT-SRS

01 November 2014 - Taman Kasih Putera Bahau
     Persiapan yang dijalankan oleh AJK KRT Taman Kasih Putera untuk masjlis Perasmian KRT-SRS yang akan berlangsung pada 8 November ini.Pemasangan sepanduk dan pengedaran hebahan ke semua penduduk Taman Kasih Putera.Semoga majlis ini berjalan dengan lancar.Terima Kasih kepada semua AJK yang terlibat.

Thursday 30 October 2014

MAJLIS BACAAN YASSIN LRG 15 NO 487

30 Oktober 2014 - Taman Kasih Putera
    Assalamualaikum Kepada Kumpulan Yaasin TKP Saya Menjemput Tuan/Puan Ke Majlis Bacaan Yaasin Dan Doa Selamat Di Kediaman Saya No 487 Lorong 15, Khamis 30/10/14 selepas Solat Maghrib.

Tuesday 21 October 2014

MESYUARAT KALI KE 2 BERSAMA PEGAWAI JPNIN

22 Oktober 2014 - Rumah Pengerusi Taman Kasih Putera
  
       Satu mesyuarat  bersama AJK penaja Taman Kasih Putera dan Pegawai dari Jabatan Perpaduan Negara Integrasi Nasional Daerah Jempol & Kuala Pilah Penolong Pegawai Pemb. Masyarakat En Abdul Khalid B. Hj Ujang.Membincangkan tentang Majlis Pelancaran SRSyang ditangguhkan kepada 8 November 2014 diatas sebab-sebab tertentu dan isu-isu lain.Terima Kasih Tuan kerana sanggup hadir malam ini.Mesyuarat yang bermula jam 9.00 malam yang berakhir lebih kurang jam 11.00 malam.