DOWNLOAD /MUAT TURUN

JPNIN

Permohonan Penubuhan Kawasan Rukun Tetangga

TATACARA DAN PROSES PERMOHONAN PENETAPAN KRT

PERMOHONAN DARIPADA PENDUDUK
a) Membuat surat permohonan penetapan Kawasan Rukun Tetangga kepada Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.
b) Mengisi Borang JPNIN (RT) 1/98 dan ditandatangani oleh wakil penduduk beserta dengan maklumat asas kawasan, cadangan senarai nama jawatankuasa penaja, minit perjumpaan dengan penduduk dan peta kawasan.
c) Mengemukakan permohonan yang lengkap kepada Pegawai Perpaduan Daerah/Bahagian.


TINDAKAN PEGAWAI PERPADUAN DAERAH/BAHAGIAN
a) Menerima surat permohonan penetapan kawasan rukun tetangga dan membuka fail.
b) Menghantar surat akuan terima permohonan penetapan kawasan rukun tetangga kepada wakil penduduk.
c) Mengaturkan Majlis Perjumpaan dengan penduduk dan mengadakan sesi taklimat mengenai penubuhan Jawatankuasa Penaja Rukun Tetangga.
d) Memohon sokongan Pegawai Daerah untuk penetapan kawasan rukun tetangga (kecuali negeri-negeri tertentu).
e) Menyediakan pelan lakar kawasan dan diskripsi sempadan kawasan rukun tetangga yang dicadangkan.
f) Mengemukakan Borang Permohonan JPNIN(RT)1/98, Maklumat Asas Kawasan, Senarai Cadangan Nama Jawatankuasa Penaja Rukun Tetangga, Peta Kawasan, Pelan Lakar Kawasan, Diskripsi Sempadan dan surat sokongan Pegawai Daerah (kecuali negeri-negeri tertentu) kepada Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.

TINDAKAN PENGARAH PERPADUAN NEGERIa) Menyemak Borang Permohonan, maklumat serta dokumen yang dikemukakan oleh Pegawai Perpaduan Daerah/ Bahagian.
b) Menghantar surat akuan terima kepada Pegawai Perpaduan Daerah/Bahagian. Jika tidak lengkap kembalikan kepada PPD/PPB untuk dilengkapkan.
c) Mengemukakan permohonan yang lengkap ke Ibu Pejabat.

TINDAKAN PEGAWAI DI IBU PEJABAT
a) Merekod penerimaan dan menyemak permohonan penetapan kawasan
rukun tetangga.
b) Menghantar surat akuan terima kepada Pengarah Perpaduan Negeri.
Kembalikan Jika tidak lengkap kembalikan kepada PPN untuk dilengkapkan.
c) Membuat perakuan untuk kelulusan Ketua Pengarah Rukun Tetangga.
d) Menetapkan tarikh penguatkuasaan Notis Penetapan.
e) Mengemukakan Notis Penetapan kepada Pengarah Perpaduan Negeri/Pegawai Perpaduan
Daerah/Bahagian.

Permohonan Penubuhan Skim Rondaan Sukarela


Permohonan Penubuhan Tabika Perpaduan

Permohonan Peronda Skim Rondaan Sukarela


Permohonan Pendaftaran Murid Tabika Perpaduan


e-Aduan (Borang Maklumbalas)

No comments:

Post a Comment