DOWNLOAD /MUAT TURUN

Sunday 18 March 2018

AKTIVITI SKIM RONDAAN SUKARELA TAMAN KASIH PUTERA : PEMASANGAN TONG DRUM DI LALUAN MASUK TAMAN KASIH PUTERA - TAHUN 2018

16 Mac 2018  - Taman Kasih Putera Bahau
Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

Makluman kepada semua warga Taman Kasih Putera Bahau

6 biji Tong Drum telah diletakkan di Jalan keluar-masuk taman.Ini adalah langkah pertama sebagai percubaan. 

Mohon semua warga dapat memperlahankn kenderaan & dapat adjust masa utk pergi kerja. Mungkin akan berlaku sedikit kesesakan. 

Diharapkan anda semua dapat memberi kerjasama kepada pihak pengurusan KRT (Kawasan Rukun Tetangga).

Ini adalah langkah keselamatan dibawah Program KRT

Langkah seterusnya, sistem pelekat (sticker) kenderaan akan diperkenalkan. Mungkin mengambil masa 1-2 bulan

Terima Kasih

Azhar
Pengerusi KRT

Thursday 15 March 2018

AKTIVITI SKIM RONDAAN SUKARELA TAMAN KASIH PUTERA MAC 2018 - PEMANTAUAN KESELAMATAN DARI RUMAH KE RUMAH

Assalamualaikum & Selamatt Sejahtera

Alhamdulillah sebahagian besar sticker rumah telah dipasang (YANG TELAH BAYAR). Walau bagaimana pun terdapat sebilangan kecil yang belum kami pasangkan.

Untuk peringkat seterusnya, kami akan pasang pada hujung bulan Mac ini.

Maaf kami menjalankn tugas pada waktu malam kerana siang kami bekerja, kami tak untuk siapkan tampal memandangkn dah larut malam.

PASTIKAN ANDA TELAH MEMBUAT BAYARAN BLN JAN-MAC SEHINGGA HUJUNG BLN NI.

Azhar
Pengerusi TKP

Sunday 4 March 2018

PERJUMPAAN / MESYUARAT BESAR- BESARAN BERSAMA PENDUDUK TAMAN KASIH PUTERA BAHAU (KUTIPAN DUIT LANGKAH KESELAMATAN) - TAHUN 2018

04 Mac 2018 8.30 malam - Dewan Terbuka Taman Kasih Putera Bahau


Assalamualaikum & selamat sejahtera...

Berikut adalah keputusan mesyuarat / perjumpaan yg telah dipersetujui berkaitan perkhidmatan keselamatan:

1. Bayaran RM10 bulanan DIKEKALKAN & DITERUSKAN

2. Stiker kereta akan diperkenalkan (mengikut kutipan sekiranya ada lebihan)

3. Tong drum akan diletakkan pada jalan masuk taman untuk memperlahankn kenderaan keluar masuk

4. WARGA TAMAN samada penyewa / pemilik yang tidak tidak membayar dari bulan Januari, dikehendaki membayar RM30 untuk 3 bulan sekaligus (JAN - MAC)

5. Pelekat PEMBAYAR akan ditampal dirumah untuk pemantauan Pengawal Keselamatan.

6. Apabila tong drum telah diletakkan di jalan masuk tman, keluar-masuk bagi PEMBAYAR akan dipermudahkn melalui stpelekat kenderaan. Kepada BUKAN PEMBAYAR, segala detail perlu dicatatkan (nama, no rumah, no plat kenderaan, tandatangan)

Azhar
Pengerusi KRT


Klik Disini untuk lihat lagi gambar/Pengguna Telefon Pintar