DOWNLOAD /MUAT TURUN

Sunday 16 March 2014

KURSUS PENGURUSAN & PENTADBIRAN RT JPNIN N.S

15 Mac 2014 - Sabtu - Hotel Sutera Seremban 2

    Telah diadakan satu Kursus Pengurusan & Pentadbiran Rukun Tetangga yang dianjurkan oleh Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional Negeri Sembilan bertempat di Hotel Sutera Seremban 2 bermula seawal jam 8.00 pagi sehingga 5.30 petang.Dihadiri lebih 30 orang peserta terdiri daripada pelbagai kaum dan khususnya kepada Rukun Tetangga yang baru ditubuhkan. Rukun Tetangga Taman Kasih Putera talah menghanta 5 orang peserta terdiri daripada 5 AJK tertinggi.Tahniah kepada AJK yang terlibat dan Tuan Pengerusi RT Kasih Putera Saudara Azhar telah diberi penghormatan untuk berucap bagi mewakili peserta RT yang lain.

JAMUAN AJK DI RUMAH TUAN PENGERUSI

8 Mac 2014 - Sabtu  8.30 malam

   Diadakan jamuan ramah mesra diantara AJK KRT Taman Kasih Putera Bahau,bagi sesi suai kenal dan diantara AJK baru yang dilantik,setelah mesyuarat pertama bersama pihak Jabatan Perpaduan Daerah. Terima Kasih kepada En Norazrisham B Che Lah kerana menyumbang menu utama pada malam tersebut.Tidak lupa juga kepada YB Manickam kerana sudi hadir sama dan AJK yang terlibat dalam penyedian majlis.
Menghantar Surat Jemputan AJK