DOWNLOAD /MUAT TURUN

Thursday 27 November 2014

MAJLIS BACAAN YAASIN LRG 11 NO 453

27 November 2014 - No 453 Lorong 11
    Assalamualaikum...kepada semua group yassin TKP dan warga taman yang beragama Islam.. program bacaan yassin kita untuk malam ini di rumah En. Sulaiman bin Hassan di 453, jalan kasih putera 11

Saturday 8 November 2014

MAJLIS PELANCARAN KRT-SRS & JAMUAN DEEPAVALI 2014

8 November 2014 - Sabtu (Taman Kasih Putera)
    Berlangsungnya majlis Persamian kRT-SRS dan Jamuan Deepavali bagi Kawasan Rukun Tetangga Taman Kasih Putera Bahau.Majlis dimulai seawal jam 9.00 pagi dengan gotong-royong yang diketuai oleh Jabatan kesihatan Jempol Unit Kesihatan Persekitaran dan Majlis Daerah Jempol berkenaan kesedaran tentang penyakit Denggi atau lebih dikenali sebagai Projek COMBI.Para penduduk yang datang diberi pelastik sampah dan bermula dari lorong 3 hingga ke lorong 21 beramai-ramai memungut bekas dan sampah yang menyebabkan air bertakung serta tempat pembiakan nyamuk AEDES.Setelah itu satu sesi ceramah juga dijalankan bagi memberi penerangan kepada semua penduduk betapa bahayanya penyakit ini dan bagaiman kita dapat mmeberi kesedaran kepada semua orang cara-cara untuk membasminya.
    Dalam program pagi ini juga Pihak dari Jabatan Pertanian Daerah Jempol juga terlibat bagi aktiviti menanam pokok yang disunbangkan oleh Jabatan.Tapak yang dipilih adalah kawasan surau yang berada di lorong 10.Penduduk juga didedahkan bagaimana cara menanam,membaja serta menjaga pokok.Setalah selesai penduduk juga dijamu dengan sedikit juadah sebelum berhenti rehat sehingga jam 3.00 petang.
   Pada jam 2.45 petang dengan kehadiran Jabatan Polis Daerah untuk bahagian pameran kesedaran tentang jenayah dan kemalangan,dan AJJK taman mempersiap sediaan lagi bagi majlis pelancaran KRT-SRS serta jamuan Deepavali bagi tahun 2014.Walaupun Yang Berhormat Tuan L.Manickam ADUN Jeram Padang disaat akhir tidak dapat hadir ke Majlis ini,program tetap diteruskan dengan ucapan alu-aluan dari En Khalid Bin Ujang dari JPNIN (Jabatan Perpaduan Integrasi Nasional) memberi penerangan berkenaan SRS(Skim Rondaan Sukarela).Majlis juga turut mengundang Tuan Ins Shafizan Bin Mohd Shariff Ketua Polis Balai Bahau berucap dan melancarkan program SRS bagi taman kasih putera ini.Gimik pelancaran juga telah disempurnakan oleh Ketua Polis Balai Bahau dengan menyarungkan vest serta peralatan SRS kepada Pengerusi Taman En Azhar Bin Sharif.Program berakhir dengan Jamuan Sambutan Deepavali bagi tahun 2014.Terima Kasih kepada Semua AJK ,penduduk-penduduk Taman Kasih Putera serta Pengerusi KRT taman Bahau En RIzal dan Pengerusi KRT Taman Jaya En Raj kerana turut hadir dalam Majlis ini.
Projek COMBI
Menanam Pokok
Pameran Jabatan Kesihatan dan Polis
Pelancaran SRS (Skim Rondaan Sukarela)

Sunday 2 November 2014

PERSIAPAN MAJLIS PERASMIAN KRT-SRS

01 November 2014 - Taman Kasih Putera Bahau
     Persiapan yang dijalankan oleh AJK KRT Taman Kasih Putera untuk masjlis Perasmian KRT-SRS yang akan berlangsung pada 8 November ini.Pemasangan sepanduk dan pengedaran hebahan ke semua penduduk Taman Kasih Putera.Semoga majlis ini berjalan dengan lancar.Terima Kasih kepada semua AJK yang terlibat.